Kuih Koleh Kacang Hijau
Kuih Koleh Kacang Hijau

Kuih Koleh Kacang Hijau

ros berkesempatan jugak buat kuih kegemaran ros ni, kuih koleh kacang hijau, pernah beli kt pasar malam, tapi tak sedap pun, macam kurang santan n lemaknye, tu yang rasa nak buat sendiri tu, resepi ni ros carik kt web myresipi tu, dan jumpelah resepi sumbangan citarasawan, terima kasih ros ucapkan buat Kak Citarasawan atas perkongsian resepi yang sedap ini, dan izinkan ros kongsikan di sini pula ya…Halal ya Kak….: ), ros ikut sebijik sukatan bahan-bahan di bawah, cumanya tang gula merah tu, ros rasa kena kurangkan sikit, sebab kuih ni rasa agak manis pada tekak ros, lain kali ros akan kurangkan dlm 270 ke 280 gram je, supaya manis kena dengan selera ros, namun perlu di ingat sukatan cecair yang lain harus di ikut tepat-tepat ya, supaya koleh kacang tidak keras atau lembik, satu adunan ni dapat banyak juga tau, kalau isi rumah tak ramai buleh buat separuh adunan je, Selamat Mencuba.

Kuih Koleh Kacang Hijau
Sumber resepi: Citarasawan@myresipi.com
Telah dicuba oleh : rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahan ( saiz 10″ loyang empat segi )

Bahan A
400ml santan pekat KARA 150ml air 1 helai daun pandan 1/4 sudu teh garam

Bahan B
225 gm tepung kacang hijau 750ml air ( ros guna tepung kacang hijau cap Kijang)

Bahan C
350 gm gula merah/gula melaka 50 gm gula pasir 100ml air ( ros guna gula merah)

Bahan D

1 1/2 cawan pati santan secubit garam

Cara-cara

1.Masak bahan C hingga gula larut. Biarkan sejuk.

2.Masak bahan D sehingga menjadi tahi minyak. Tapis dan biarkan 2 sudu besar minyak didalam periuk.

3.Sebatikan bahan B, gaul rata dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam supaya tepung kacang sebati sepenuhnya.

4.Satukan semua bahan A, B dan C. Gaul rata dan tapis. Tuang kedalam periuk yang berisi minyak tadi.

5.Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga adunan kental dan berminyak. Angkat dengan segera dan masukkan kedalam loyang. Ratakan permukaannya.

6.Taburkan tahi minyak di atas kuih dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Nota: setelah sejuk pada suhu bilik tu, ros simpan kuih koleh kacang ni dalam peti ais sebelum dipotong, lagi nyaman bila memakannye…dan kesedapan nye berganda bila kita taburkan tahi minyak di atasnya. Rugi kalau tak buat sendiri, baru puas makan.

Kuih Koleh Kacang Hijau
Kuih Koleh Kacang Hijau
Kuih Koleh Kacang Hijau
Kuih Koleh Kacang Hijau
Kuih Koleh Kacang Hijau
Kuih Koleh Kacang Hijau
Kuih Koleh Kacang Hijau
Kuih Koleh Kacang Hijau