Ubi Getuk
Ubi Getuk

UBI GETUK
sumber resepi I: Kak Mas Duniaku
sumber resepi II: Kak Izah Muffin Lover

Bahan :
2 cawan ubi kayu rebus
1 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan gula *saya tambah beberapa sudu lagi
sedikit garam

Campur semua bahan dan gaul sebati dan rata. Kepalkan bulat bulat kecil.

Bancuhan tepung goreng :

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras ( ros letak dlm 3 sudu besar je)
1 sudu teh garam
air
– satukan semua bahan dan kacau hingga sebati

Bancuhkan semua bahan dan kacau sebati. Celup bebola ubi getuk tadi dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing kekuningan. Toskan minyak dan hidang.

Nota: Ros tambahkan kuantiti kelapa dan gula dalam adunan ubi getuk ni, biar lemak manis rasanya, memang sedaplah, minum pula teh o kurang manis…fuhhh….tebaek…: )

Ubi Getuk
Ubi Getuk
Ubi Getuk
Ubi Getuk
Ubi Getuk
Ubi Getuk