Sandwish Bertingkat
Sandwish Bertingkat

Sandwish Bertingkat

Bahan-bahannya

6 keping roti sandwish

1 biji telur rebus

1 tin kecil tuna flakes ( boleh ganti dengan sardin tin kecil)

sedikit hirisan bawang

4 sudu besar mayonis ( 2 sudu dimasukkan dlm tuna flakes, 2 sudu lagi pada telur rebus)

sedikit lada sulah

beberapa hirisan timun.

Cara-caranya

1. Potong tepi roti , masukkan tuna di dalam bekas kecil, hancur-hancurkan menggunakan garpu, kemudian, masukkan mayonis dan lada sulah, kacau sebati.

2. telur rebus dihancurkan juga menggunakan garpu dan campur dengan mayonis dan lada sulah, pastikan semua nya sebati. ambil satu keping roti dan sapukan dengan inti tuna flakes tadi dan tabur kan atas nya hirisan bawang dan timun.

2. kemudian ambil lagi satu keping roti dan sapukan pula dengan inti telur rebus tadi, lapiskan roti inti tuna dengan roti inti telur rebus dan letakkan satu keping lagi di atas permukaan roti telur rebus tadi, maknanya ade tiga lapisan roti lah. Bahagian atas hanya untuk menutup permukaan roti yang berinti tadi.

3. Potong tiga bahagian atau potong dua je ( bentuk segitita) dan hidangkan, jika mahu gantikan tuna flakes tadi dengan sardin pun lagi sedap, sardin tu buangkan tulang tengahnya, dah hancurkan, perah limau nipis, dan sapukan pada roti seperti langakah di atas. Variasi bagi roti sandwish biasa yang kita buat, anak-anak pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nota- Jika bahagian telur rebus mayonis tu mahu letak daun salad pun boleh juga, variasikan sahaja inti sandwish ni mengikut selera masing-masing ye. : )

Sandwish Bertingkat
Sandwish Bertingkat
Sandwish Bertingkat
Sandwish Bertingkat