Roti Jala (adunan susu segar)
Roti Jala (adunan susu segar)

Roti Jala (adunan susu segar)

Assalammualaikum WBT  semua, hari ni ros akan berkonsi resepi buat adunan roti jala yang menggunakan susu segar sebagai pengganti santan, rasanya tak byk beza dengan penggunaan santan tu, sebab ros masukkan juga 1 sudu besar minyak masak, supaya nampak berkilat dan adunan tidak melekat, resepi boleh rujuk di bawah ni ye, istimewa buat kawan-kawan dan pelawat yang agak sukar mendapatkan bekalan santan, harap dapat membantu ya, dan ros gunakan botol okonomiyaki sebagai acuan untuk menjala roti jala ini.

Roti Jala ( adunan susu segar)
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

bahan-bahanya
400 gram tepung gandum
1 biji telur
1 cawan susu segar
sedikit garam
pewarna kuning@ serbuk kunyit
air secukupnya
1 sudu besar minyak masak

Cara-caranya

1. Di dalam bekas masukkan tepung gandum, telur , garam dan 1 cawan susu segar, gaul sebati, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau lagi, selepas itu masukkan pewarna kuning dan minyak masak. pastikan adunan tidak telalu cair atau terlalu pekat, kecairan adunan macam kita buat adunan kuih ketayap. kuantiti air tu ros main agak-agak je, dan lupa nak sukat, rasanya lebih kurang dalam 300ml atau lebih sikit.

2. Tapis adunan dengan penapis dan perap selama 30 minit hingga satu jam supaya adunan lebih mesra.

3. Masukkan ke dalam botol muncung tiga dan jalurkan di atas fry pan atau kuali leper, boleh rujuk rajah di bawah, angkat dan gulung roti jala seperti biasa dan sedap dimakan bersama kari ayam. selamat mencuba.

Nota: Jika nak lipat 4 pun boleh, terpulang pada kreativiti masing-masing ya, dan roti jala ini sedap dimakan ketika masih panas dan dihidangkan untuk minum petang, Selamat Menjala.

Roti Jala (adunan susu segar)
Roti Jala (adunan susu segar)
Roti Jala (adunan susu segar)
Roti Jala (adunan susu segar)
Roti Jala (adunan susu segar)
Roti Jala (adunan susu segar)
Roti Jala (adunan susu segar)
Roti Jala (adunan susu segar)
Roti Jala (adunan susu segar)
Roti Jala (adunan susu segar)
Roti Jala (adunan susu segar)
Roti Jala (adunan susu segar)