Apam Pisang Gula Merah
Apam Pisang Gula Merah

Apam Pisang Gula Merah

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-Bahannya
200gram tepung gandum ( di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
50 ml air gula merah ( 40 gram gula merah dicampur dengan 50ml air dan sehelai daun pandan di simpul, kemudian direbus hingga gula larut, sejukkan baru guna)
1 sudu besar gula
120 gram pisang lecek ( dari 2 biji pisang yang sudah ranum )
50ml cawan susu segar@ santan
30gram gula
2 sudu kecil yis

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian di dalam bekas adunan, masukkan pisang yang telah dilecek, gula dan telur, dengan menggunakan hand whisker atau spatula atau senduk kayu, kacau semua bahan tadi hingga sebati.

2. Selepas itu masukkan tepung di selang seli dengan susu segar, kemudian masukkan air gula merah, madu dan yis, kacau sebati dan pastikan semua adunan mesra dan tidak berketul.

3. Tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau pun kain bersih dan perap adunan selama 1 jam, setelah adunan naik dua kali ganda, sudukan aduann dalam acuan kecil ataupun ape jua acuan kegemaran anda, nak kukus terus dan letak dalam loyang bulat atau petak pun boleh. Jika menggunakan acuan kuih puteri ayu, pastikan acuan di sapu sedikit dengan minyak masak.

4. Panaskan kukusan, pastikan adunan disudukan 3/4 acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Kukus selama 8 ke 10 minit dengan menggunakan api sederhana.

5. Sedap dimakan bila masih panas dan toppingkan apam pisang gula merah tadi dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam, jika menggunakan kelapa parut kering, macam ros selalu buat, sebab kat jepun ni takde kelapa parut fresh, cara nya ialah, campurkan kelapa parut kering tadi dengan sedikit air, lebih kurang 1/2 sudu kecil air kemudian barulah digaul dengan secubit garam. Selamat Mencuba.

– Jika nak lebihkan pisang lecek tu pun boleh, kecairan adunan tu kiranya pandai-pandailah agak ya, macam adunan apam yang lain juga, dan keharuman serta rasa gula merah ni, menambahkan lagi rasa apam pisang.

Apam Pisang Gula Merah
Apam Pisang Gula Merah
Apam Pisang Gula Merah
Apam Pisang Gula Merah
Apam Pisang Gula Merah
Apam Pisang Gula Merah
Advertisement