Low Calories Hot Cocoa
Low Calories Hot Cocoa

Low Calories Hot Cocoa

Ros kalau beli susu kacang soya kt supermarket, suke buat Hot Cocoa waktu pagi, ros dapat resepi air koko panas rendah kalori ni dekat rancangan kesihatan kat TV tu, mengikut individu yang mengenalkan resepi ni, minuman koko panas ini amat baik untuk kesihatan kerana tidak menggunakan gula dan selamat di ambil dalam jumlah yang banyak, maknanya buleh minum berapa cawan lah yang kita suke. Ros kongsikan resepi nya di sini ya.

Bahan-bahanya ( 108 kalori 1 cawan mug)

200ml susu kacang soya ( kalau kat Malaysia boleh guna susu kacang soya tanpa gula atau kurang gula)

2 sudu kecil madu

2 sudu kecil serbuk koko ( ros guna pure cocoa morinaga) boleh diganti dengan serbuk koko van hauten.

– gambar di atas adalah bahan utama yang ros gunakan-

Cara-caranya

1. Panaskan susu kacang soya di dalam microwave selama lebih kurang 1 minit, atau panaskan di dalam periuk.

2. Kemudian, masukkan serbuk koko dan madu tadi, kacau sebati. Sedia untuk dinikmati sebagai minuman sarapan anda. Selamat Mencuba.

-menu sarapan ros hari ni, roti bakar, telur hancur dan kacang dalam sos tomato-

Nota: Ros sukakan rasa koko panas ni, rasanya tidak begitu lemak, sedap-sedap je, kena kurangkan pengambilan kopi dah sekarang ni, sebab tak berapa elok untuk kesihatan ibu mengandung, kalau ros minum kopi pun secawan je sehari, walaupun koko mepunyai kafein, tapi kafein didalam koko adalah jumlah kafein yang paling rendah/sedikit. Amat sesuai pada sesiapa yang mementingkan pengambilan kalori dan pada yang ingin berdiet.

bahan

Low Calories Hot Cocoa
Low Calories Hot Cocoa
Low Calories Hot Cocoa
Low Calories Hot Cocoa
Advertisement