Kek Pisang Moist Bermadu
Kek Pisang Moist Bermadu

Kek Pisang Moist Bermadu

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, mari kita panaskan engine di dapur jintanmanis.com dengan satu resepi kek pisang lembab beraromakan madu perang organik dari Borneo ni, walaupun rupa nya tidak secerah yang disangka, agak ireng sikit, namun teksturnya sangatlah lembut dan gebus, resepi nye boleh rujuk di bawah ni ye, selamat mencuba.

Kek Pisang Moist Bermadu
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-Bahannya
330gram atau 2 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1/2 cawan minyak masak ( atau butter yang dicairkan)
1 cawan gula
6 biji pisang yang sudah ranum dilecek dengan dicampur secubit garam ( anggaran 180gram)
100ml atau 1/2 cawan bancuhan susu tepung ( boleh ganti dgn susu soya, santan atau susu segar)
beberapa titik esen vanila
2 sudu besar madu perang organik borneo ( nak guna madu biasa pun boleh)
1 sudu kecil ovallette ( ni tak nak letak pun takpe)

Cara-caranya

1. Lecek pisang bersama secubit garam hingga hancur,ketepikan, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak, ovalette dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan bancuhan susu tepung, kacau sebati.

3. Akhir sekali masukkan madu, kacau hingga sebati. Tuang adunan ke dalam acuan kek, ros gunakan acuan kek yang berlubang di tengahnye tu.

4. Panaskan oven suhu 180 darjah ke 200 darjah, bakar selama 1 jam ataupun sehingga permukaan kek perang, sejukkan dan taburkan sedikit sugar powder di atasnya, potong dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: Kek ini akan kelihatan agak sedikit perang kerana adunan ni menggunakan madu, jadinya kek akan agak garing pada permukaanye apabila siap dibakar nanti, tapi jangan risau, kerana teksturnya dalamnye sgt lembut dan pasti tak mengecewakan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kek Pisang Moist Bermadu
Kek Pisang Moist Bermadu
Kek Pisang Moist Bermadu
Kek Pisang Moist Bermadu
Kek Pisang Moist Bermadu
Kek Pisang Moist Bermadu
Kek Pisang Moist Bermadu
Kek Pisang Moist Bermadu
Advertisement