
Coconut Blossom
Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, ni kuih yang ros cuba buat malam tadi, ros cari resepinya kat myresepi, berkenan lah satu resepi dari Izzati ni, tapi bila tengok bahan kat dapur, ade telur dua biji je, ros kurangkanlah kuantiti tepung nya tu ros guna 2 cawan, alhamdulillah jadi jugak, gebu je coconut blossom ni, ros suke sangat, pada Izzati , ros ucapkan ribuan terima kasih ya sebab kongsikan resepi yang sedap ni, izin ros copy dan kongsikan di JM.com ya. : )
Coconut Blossom
sumber resepi: Izzati myresipi
Bahan-bahan ( 20 biji )
3 biji telur ayam (asingkan) – ros guna 2 biji telur ayam
2 cawan gula halus ( ros letak 3/4 cawan gula)
3 cawan tepung hongkong ( ros guna 2 cawan tepung gandum)
2 cam. t serbuk penaik
1 cam.t esen vanila ( ros x letak, ros ganti dgn esen coconut pandan)
1 cam.b ovelate
1 cawan santan pekat
3 sudu air pandan ( x letak, ros letak pewarna hijau jenama brands)
BAHAN INTI;
300 gm kelapa parut putih
2 cam.b gula pasir
1/2 batang gula melaka
1 cam.t tepung jagung ( x letak)
helai daun pandan
Cara-cara
1. putarkan putih telur hingga kembang.dan masukkan kuning telur
2. masukkan gula halus dan putar lagi hingga gula hancur.
3. masukkan ovelate dan serbuk penaik,putar lagi hingga adunan putih dan gebu.
4. setelah itu,masukkan tepung hongkong, air pandan dan pewarna hijau,kacau sebati.
5. sudukan ke dalam mangkuk kertas yang di alaskan acuan lompang,supaya adunan tidak kembang ke tepi.
6. masukkan setengah sahaja adunan,masukkan inti kelapa.kemudian tutup dengan sesudu adunan lagi.
7. pananskan kukusan,kukus kuih lebih kurang 15 minit @ hingga masak.
8. Cara membuat inti:
9. masak gula pasir dan gula melaka di atas api sederhana,masukkan daun pandan.apabila gula cair,masukkan kelapa parut.setelah sebati,masukkan tepung jagung untuk melikatkan kelapa.
Nota: ros gunakan acuan cupcakes yang mini tu, letak dalam acuan kuih lompang warna merah, jenuh gak lah nak menghabiskan adunan tu, lenkali nak buat dlm saiz kuih apam tulah, biar cepat siap. : )


