Saba No Soyu Yaki
Saba No Soyu Yaki

Saba No Soyu Yaki

Saba No Soyu Yaki ni maksudnya, ikan makarel bakar berkicap, ros memang selalu buat ikan bakar style jepun macam ni, lagi satu ros tak suke sangat beli shio saba ( ikan makarel garam) kt supermarket tu, lebih suke beli ikan saba fresh, sebab isi nya lebih manis, bila siap basuh dan rendam dgn air asam jawa ataupun perahan lemon ros akan perapa dan bakar dekat dapur gas tu, dapur gas jepun memang ade tempat grill ikan nye tersendiri, takpayah guna oven. : )

Resepi ni ros main suke je campur-campur, hihi, janji sodap…boleh rujuk kat bawah ni ye.

Bahan-bahanya

1/2 ekor ikan saba ( makarel) saiz sederhana ( dipotong dua, dan dikelar serong x )

3 sudu kecil soyu ( kicap cair jepun, ros guna jenama kikoman)

1 sudu kecil gula

Caraa-caranya

1. Gaul ikan bersama kicap cair jepun dan gula, kemudian perap dlm 10 minit, Grill seperti biasa, sehingga pemukaan ikan perang, ros suke garing sikit, ros gill ikan ni dalam 10 ke 20 minit. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Menu Pelengkap bagi Set Makanan Jepun yang ros masak semalam ialah

1. Tempura Satsumaimo ( keledek) kabocha ( labu) dan chikua ( jejari ikan)

2. Salad sayur ( kobis, timun dan, daun salad dan hirisan kobis)

3. Miso shiru + Tofu+ Negi

4. Nasi Jepun

Nota: Kebiasaan nye ka lau ros masak masakan jepun ros akan buat set lengkap macam ni, nampak banyak masakan tu, tapi sebenarnya masakan jepun ni simple je, nak buat pun tak guna masa banyak. : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saba No Soyu Yaki
Saba No Soyu Yaki