Assalammualaikum WBT dan selamat Petang semua, Ros suke sangat makan ikan masin kurau bila dimasak lemak cili padi, tapi stok ikan kurau kat rumah ni dah lama habis, tinggal ikan masin sepat je ade 3 ekor, ade pulak nenas terus teringin nak makan, walaupun rasa lagi sedap guna ikan kurau, tapi nak buat macam mana kan, kat Jepun ni mane ade jual ikan masin tu, janji ade rasa sikit pun jadilah, berselera je ros makan, cukup rasa masin, manis masam nenas tu, resepi same je dengan masak lemak cili padi yang lain, tanpa pengunaan bawang, pure resepi dari Nogori Sembilan. : )
Bahan-bahanye
3 ekor ikan masin sepat- di potong 2 – ( guna ikan masin kurau lagi sedap)
1/4 biji nenas – dipotong nipis
1 batang serai – dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
garam
caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga hancur, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan nenas dan asam gelugor, setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin sepat, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam.
3. Masak sehinga kuah pecah minyak dan tutup api, sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.
Nota: Kalau nak tukar ikan masin dan nenas tu pada ayam dan nangka muda pun boleh, cara masak nye same je, kalau kat rumah ros di nogori tu, kami panggil masak lomak cili padi ni gulai.