Kaki Guratan ( Oyster Gratin)
Kaki Guratan ( Oyster Gratin)

Kaki Guratan ( Oyster Gratin)

Jen je jeng, ni lah hasil dari masakan dari Oyster tempoh hari, ros buat kaki guratan ( kat jepun oyster di panggil kaki) atau nama omputih nye oyster gratin, cuma ade kelainan sikit dari resepi yang lepas, ros tambahkan tomato ketchup, saje nak mencuba, hasilnye tak sia-sia, bila ditambah tomato ketchup dan sedikit herba oregano dalam white souce tu menjadikan oyster gratin ni lagi sedap dan harum aromanya, topping pulak mix cheese banyak-banyak lagi lah creamy jadinya. Pada sesiapa nak cuba resepi ade kat bawah ni ye, oyster tu nak ganti dengan udang ke, isi ayam ke, atau pun seafood yang lain pun boleh juga. : ) tak perlu guna kulit oyster, guna remekin pun boleh.

Bahan-bahannya

7 ketul tiram segar bersama cengkerangnya
1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar butter ( 2 sudu butter untuk saute, dan 2 sudu butter lagi untuk white souce)
sedikit mix cheese
sedikit parmesan cheese
1/2 cawan susu segar ( guna susu UHT ataupun bancuhan susu tepung pun buleh)
1/2 cawan air
2 sudu besar tomato ketchup
lada sulah
garam
sedikit daun dry pasley atau oregano

Cara-caranya

1. Keluarkan tiram dari cengkerannya ( semalam ros kukus dulu tiram tu) masukkan di dalam bekas, dan campurkan dengan sedikit lada sulah, garam dan salut dengan tepung gandum. Kemudian saute dgn butter dan biar agak perang. Angkat dan ketepikan.

2. Buat white sauce- menggunakan fry pan yang same, masukkan tepung gandum yang telah di campurkan dengan tomotao ketchup, 1/2 cawan air dan 1/2 cawan susu segar, kacau sebati dan biarkan agak pekat, baru masukkan lada sulah, garam dan butter. Kacau perlahan. Tutup api dan ketepikan.

3. Cengkerang tiram di basuh bersih dan sapukan sedikit butter, kemudian letakkan dlm 1/2 sudu white souce dan letakkan tiram yang di saute tadi, tutup tiram dengan 1/2 sudu white souce lagi, dan tabur pemukaan gratin dengan mix cheese dan parmesan cheese, akhir sekali taburkan dry pasley atau oregano. Ulang langkah tadi hingga tiram habis. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 35 minit atau sehingga permukaaan gratin perang. Hidangkan panas-panas. Oyster Gratin ini sangat creamy dan cheesy, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nota: kaki guratan ni sedap juga dimakan bersama sos tabasco, kasi rasa pedas-pedas sikit, baru syok makan…: )

Kaki Guratan ( Oyster Gratin)
Kaki Guratan ( Oyster Gratin)
Kaki Guratan ( Oyster Gratin)
Kaki Guratan ( Oyster Gratin)
Kaki Guratan ( Oyster Gratin)
Kaki Guratan ( Oyster Gratin)