Bawang Goreng Rangup
Bawang Goreng Rangup

Bawang Goreng Rangup

Disebabkan stok bawang goreng segera dari mesia dah habis, terpaksa lah buat sendiri, godek punya godek jumpelah resepi bawang goreng rangup dekat myresipi sumbangan dari kakak Fieda_hafeez, terima kasih ya kak Fieda berkongsi resepi bawang goreng yang sedap ni…izinkan ros kongsikan di JMC pula ya. : ) , ros dah edit siki dari resepi asal tu, dan ros kurangkan kuantiti bawangnye supaya mudah di fahami..: )

Bawang Goreng Rangup- resepi asal dari kak Fieda_Hafeez myresipi, terima kasih kak…

2 biji bawang besar dihiris nipis
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng

Caranya
1. Potong bawang nipis-nipis dan satukan dengan tepung tadi, gaul sebati ye..pastikan semua bawang disalut dengan tepung. ( ros guna slicer aka sagat)

2. Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas dan masukkan bawang, goreng hingga betul-betul garing dan kekuningan. api jangan terlalu perlahan, jangan terlalu kuat, kira guna api sederhana lah.

3. Sejukkan dan boleh lah disimpan didalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk bawang goreng tahan lama. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau ade stok banyak bawang besar tu boleh buat sendiri, dapat banyak juga, suke makan bawang goreng ni rangup je : )

Bawang Goreng Rangup
Bawang Goreng Rangup
Bawang Goreng Rangup
Bawang Goreng Rangup