Sambal Terung Ikan Bilis
Sambal Terung Ikan Bilis

Sambal Terung Ikan Bilis

Bahan-bahanya

5 tangkai cili kering
1 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
sedikit belacan
4 biji terung panjang.( dihiris nipis)
gula
garam
sedikit minyak untuk menumis
1 sudu besar sos cili
1 piring kecil ikan bilis yang telah digoreng

1. Mula-mula buat cili kisar dahulu, rebus cili kering dan blender bersama bawang putih, bawang besar dan sedikit belacan.

2. Tumis cili kisar sehigga naik bau dan masukkan sos cili, klu terlalu kering buleh masukkan sedikit air, kemudian masukkan hirisan terung, sesuaikank rasa, letak garam dan sedikit gula.

3. Akhir sekali, bila nak angkat tu tutup api dan baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi. ok dah siap, selamat makan dan selamat mencuba.

Nota: Kalau nak tambah hirisan cili padi pun boleh, bagi sesiapan yang sukakan pedas, menu ni ringkas dan sedap di makan bersama nasi panas. : )

Sambal Terung Ikan Bilis
Sambal Terung Ikan Bilis