OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pizza Gebu

Menu Pizza di kala takde idea dah nak masak ape, nasib baik semua suke makan, senang keje Ummi, kali ni ros guna resepi Cik Mat Gebu, Pizza Gebu, memang sesuailah dengan tuan punye resepi ni, ros copy dari blog Kak Hana Kanazawa tu, terima kasih ya cik mat dan kak hana kerana telah melonjak kan mood ros nak bua pizza, lama tak makan, satu doh tu macam-macam ros buat, mini pizza untuk anak-anak dan pizza satu loyang besar untuk kami, tak habis frozen kan, lepas tu nak makan panaskan je..hihi, gebus habis lah doh pizza ni suke suke…: )

Bahan-bahan ( resepi asal dari CMG izinkan ros kongsikan di sini ya Cik Mat)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast ( ros guna 4gram yeast je)
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional) ( ros x letak)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur
( ros tambah 2 sudu besar olive oil dan 2 sudu besar susu segar dalam adunan ni)

Cara-cara

1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan “ON”, buat hingga siap.

2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no 1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 – 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

Nota: Ros topping dengan ape yang ade je dalam peti ais tu, dan mini pizza pulak hanya letak sosej, mayonis dan tomato ketchup khas buat anak-anak, suke tengok sebab dioarng makan beria pizza gebu ni. Lain kali boleh buat lagi. : )

Pizza Gebu
Pizza Gebu
Pizza Gebu
Pizza Gebu
Pizza Gebu
Pizza Gebu
jus oren
jus oren
Advertisement