Mee Kari Nyonya
Mee Kari Nyonya

Mee Kari Nyonya

Sumber resepi secara lisan dari sahabat ros di Nogoya dulu, Kak Eni yang kini menetap di Batu Pahat, terima kasih kak eni, ros ingat sampai sekarang resepi yang akak ajar ni dan ros kongsikan di JMC ya. rasa mee kari yang lain dari yang lain. : ) , dan sejak ade resepi ni ros memang jarang buat mee kari yang biasa tu, dah jatuh cinta dengan resepi ni.

Bahan-bahan ( Untuk 2 orang Makan )

2 paket mee kuning
2 sudu besar serbuk kari ayam ( kalau boleh jenama Babas)
2 sudu besar cili kisar
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai daun kesum
sedikit daun kari
1/2 paket Fish ball
2 cawan santan
1 cawan air
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/4 ekor ayam di cincang kasar
sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap.

( semalam ros tambah juga 1/2 batang carrot – dihiris seperti anak mancis)

Cara-cara

1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian tumis dengan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.

2. serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan daun kari. tumis hingga garing dan pecah minyak.

3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan dan fish ball. kacau sentiasa.

4. bila kuah telah menggelegak, masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, tambah garam atau gula jika perlu.

5. Rebus telur, celur sawi dan mee kuning, taugeh dibuang ekor ( ros cuma lalukan taugeh ni dengan air panas, sebab suke makan taugeh yang rangup). Cara Penyediaan, masukkan mee kuning dan kuah kari, susun sawi, taugeh, telur rebus dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak perah lemon pun boleh, tapi jangan banyak sangat nanti hilang rasa lemak kari tu. Ros suke rasa kuah kari ni, sebab penambahan aroma daun kesum tu membangkitkan lagi selera dan tak rasa muak bila makan. Anda pasti tak rugi mencubanya.

Mee Kari Nyonya
Mee Kari Nyonya
Mee Kari Nyonya
Mee Kari Nyonya
Mee Kari Nyonya
Mee Kari Nyonya
Mee Kari Nyonya
Mee Kari Nyonya