
Bagel Bijan Hitam
Assalammualaikum wbt dan selamat petang semua, hari ni ros buat bagel bijan hitam resepi dari kak Yani Myr, lama dah masuk list, tak silap dua tiga tahun lepas, barulah hari ni tergerak hati nak buat, rasa bagel yang padat dan mengenyangkan, ros letak daging burger ayam, ros buat sendiri je, guna daging ayam kisar+breadcrumbs+tofu sikit dan telur, senang guna resepi bagel kak yani ni sebab ade cara bergambar, nak tgk step by step boleh rujuk di Myresepi, masa rendamkan bagel ni dlm air tu, rasa tak confident sgt, takut kecut, tapi bila dah masuk oven tu elok je naiknya, first time lahkatakan, terima kasih kak yani atas perkongsian resepi bagel yang sedap ni, kak Yani buat plain ros letak bijan hitam, sebab ros suke bijan hitam…banyak khasiatnya. Halal resepi ye ya Kak, dan izinkan ros panjang di sini pula.
Bagel ( bijan hitam)
sumber resepi asal: Kak Yani Myresipi
Telah dicuba oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahan ( 4 biji )
200g tepung roti
2 sudu besar gula halus
2/3 sudu kecil garam
2/3 sudu kecil dry yeast
120ml air suam
( ros tambah 2 sudu besar bijan hitam)
Cara-cara
1.Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk. Garam biar jauh sikit dr yis. Masukkan air. Uli sehingga doh lembut. Anggaran masa- 2 minit(doh keras), 5 minit- doh akan jadi licin, 5 minit lagi- doh jd lembut.
2.Bahagikan doh kpd 4 bahagian. Lepas tu, tutup dengan kain lembab dan rehatkan selama 5 minit.
3.Ambik sebiji. Canaikan seperti dalam gambar.
4. Kemudian gulung memanjang
5. Pastu getel biar jadi panjang lebih kurang 24-25cm.
6.Tekan pada satu bahagian hujung. Biar jadi leper.
7.Ketemukan dua hujungnya.
8.Rapatkan kedua-dua hujung. Biarkan bercantum
9.Tutup dengan kain lembab. Biarkan naik 2 kali ganda- Lebih kurang 40-45 minit.
10.Panaskan oven sehingga 210 degree. Dalam fry pan, panaskan air sehingga mendidih. Perlahankan api. Masukkan 1 sudu besar madu. Masukkan pula bagel tadi. Biarkan bagel terendam air selama 30 saat utk setiap permukaan.
Bakar bagel selama 13 minit.
11.Boleh tambah pelbagai rasa ikut selera. Bagel dgn bijan.
Nota: Kalau nak makan dengan cream cheese pun sedap, lagi lah nampak cam orang putih sikit, sebabnya di katakan bagel ni asalnya diaorng makan dgn cream cheese, ikutlah selera masing-masing ya, dapat makan satu ni pun dah kenyang perut dah, Alhamdullillah.




