
Donut Ala Krispy Kream
Bahan-bahan untuk KK Donut
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
50 gram tepung katakuriko ( tepung ubi kentang)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur + susu) apabila disukat jumlah menjadi 190ml
50 gram shorterning ( marjerin atau butter pun buleh)
coklat putih dan coklat masakan sebagai hiasan.
Cara-caranya
1. Masukkan semua dalam bowl dan uli seperti biasa, pastikan uli dengan betul dan doh licin. klu ade Bread Maker tekan Dough menu dan On je.
2. Setelah siap di uli, perap doh sehingga doh menjadi 2 kali ganda dan selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. bahagi doh pada pada 10 bahagian dan biar kan selama 15 minit.
3. Kemudian bentuk kan doh seperti donut dan biarkan naik sekali lagi, akhir sekali goreng dengan minyak yang banyak dah hias ikut selera anda. ok dah siap selamat mencuba.
