
Raita ( Indian Salad)
Ros makan raita ni dengan kari kepala ikan, tapi ros terbuat cair sikit, hehehe, lain kali kena tambah lagi jumlah yogurt tu, biar pekat baru sedap, resepi ros copy dari myresipi sumbangan Love2Cook, nak tengok kat blog Love pun boleh…thanks ya Love kongsikan resepi salad yang ringkas ni, sedap pun sedap, Izinkan ros kongsikan di JMC ya..: )
Bahan-bahan ( Sekeluarga )
1 biji lobak merah
1 biji tomato
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
3 biji bawang merah
5gm daun ketumbar – dicincang
125ml plain yogurt
Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Potong dadu – lobak merah, tomato, cili hijau, cili merah dan bawang merah. Masukkan ke dlm sebuah mangkuk.
2. Masukkan yogurt, garam dan daun ketumbar. Gaul sebati.
3. Sedia dihidang… Boleh dimasukkan ke dlm peti sejuk dan dimakan begitu sahaja…
Nota: separuh dari Raita ni ros makan macam tu, je, memang sedaplah, kombinasi warna sayur-sayuran pun cantik je.
