
Mini Milky Bun
Mood meroti sudah sampai, tapi kali ni buat mini bun susu untuk anak-anak, bun yang ringkas bahan-bahanya tetapi penuh dengan khasiat kalsium, sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar, boleh dimakan bila-bila masa sahaja, resepi ade kat bawah ni ye: )
Mini Milky Bun
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahanya
*Untuk Doh*
200gram tepung roti
2 sudu besar water roux
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
80ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
*untuk tambahan khasiat*
1/2 sudu besar serbuk parmesan cheese ( x letak pun takpe)
* Untuk Gliss* -beberapa titik madu+1/2 sudu kecil susu segar
Cara-caranya
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian kecil dan bentukkan memanjang ( mcm bentuk keropok lekor), potong doh kecil-kecil menggunakan pisau, dan susun atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dan bakar pada suhu 180 darjah selama 15 ke 16 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.
Nota: Kalau nak letak inti pun boleh, anak ros suke bun kosong je, laju je diaorang ni mengangkut, sebab saiz mini kan, senang nak pegang senang nak masuk mulut, …bun mini yang penuh dengan khasiat susu dan kalsium.


