
Apam Tapai Resepi II
Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, malam tadi ros buat kuih apam tapai pulut ni, dulu dah pernah buat dah, kali ni ros adjust sikit resepinya, buat pencuci mulut lepas makan, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye.
Apam Tapai Resepi II
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
3/4 cawan ( tiga suku) tapai pulut ( dari 8 ke 10 bungkus tapai pulut)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
2 cawan air
1 paket eno saiz kecil
sedikit pewarna merah atau hijau
Cara-caranya
1. Dengan menggunakan blender, kisar tapai pulut, gula dan air hingga halus kemudian masukkan tepung beras. Kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan perap semalaman.
2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati, bahagi adunan pada 3 bahagian, 1 bahagian biarkan warna asal, dan selebihnya di warnakan dengan warna merah dan hijau.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 8 hingga 10minit dengan api kuat. Ulang langkah tadi sehinga adunan habis.
4. Setelah dikukus keluarkan dari acuan dan taburkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam jika suke. Selamat Mencuba.
Nota: Pastikan adunan apam terus dikukus setelah dicampurkan dengan serbuk eno, untuk memastikan adunan gebu dan tidak mendap.

