Muffin Pisang Inti Coklat
Muffin Pisang Inti Coklat

Muffin Pisang Inti Coklat

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum

1 cawan suku gula ( 1 1/3 cawan)

2 biji pisang yang ranum

1\2 cawan minyak masak

2 biji telur

1\3 cawan ( suku) susu segar

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 1/2 sudu kecil baking powder

beberapa titik esen vanila

beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)

Cara-caranya

1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.

2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.

Nota: Kalau nak letak dalam acuan loyang bulat, jadilah kek pisang, tapi lebihkan kuantiti susu segar tu ye, guna 1/2 cawan, kalau muffin kita kena kurangkan susu segar tu, muffin pisang ni memang senang nak buat, bahan pun tak banyak. Anak-anak pasti menggemarinya, lagi-lagi ade coklat sebagai intinya tu. : )

Muffin Pisang Inti Coklat
Muffin Pisang Inti Coklat
Muffin Pisang Inti Coklat
Muffin Pisang Inti Coklat
Muffin Pisang Inti Coklat
Muffin Pisang Inti Coklat
Muffin Pisang Inti Coklat
Muffin Pisang Inti Coklat
Advertisement