OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Honey Prawns

Bahan-bahanya- sumber resepi asal dari Kak DayangJack yang pandai masak pelbagai lauk pauk yang sedap tu, ros copy resepi ni dari myresipi, Kak Dayang terima kasih ya kongsikan resepi udang yang sedap ni dan izinkan ros kongsikan pulak di JMC ya : )

400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara

1. Kisar bahan2 bertanda *.

2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.

3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.

4.Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

5. boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)

Nota: Ros tambahkan lada hijau dalam honey prown ni, supaya nampak lagi berseri, ditambah pulak ros memang suke makan piman ( lada hijau jepun) hihi : )

udangmadu2