karidaging5

Kari Daging Jintan Manis

Bahan-bahanya

350gram daging boneless ( hiris nipis)
1 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
2 inci halia
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
sedikit daun kari
3 biji buah pelaga
1 cawan santan
1 cawan air
1 biji tomato
1/3 batang carrot
2 biji kentang
3 sudu besar minyak masak ( untuk menumis)

Cara-caranya

1. Blender halus halia, bawang putih, bawang besar dan jintan manis dengan sedikit air.

2. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender tadi, 1/2 biji tomato ( tomato dipotong kecil) serta serbuk kari yang telah dijadikan pes. Tumis hingga betul-betul garing.

3. Masukkan daging, kacau sebati, kemudian masukkan santan dan air, masak hingga daging empuk, selepas itu masukkan carrot dan kentang, akhir sekali baru masukkan lebihan tomato tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam. Angkat dan sedia untuk dihidangkan,selamat mencuba.

Nota: Hari ni ros masak kari daging ni guna pressure cooker, senang keje : ), kalau nak lagi pedas boleh tambahkan kuantiti cili kisar tu ye, : )

karidaging3

Advertisement