Nasi Kuning ( Marjerin)
Nasi Kuning ( Marjerin)

Nasi Kuning ( Marjerin)

Resepi mudah, kalau buat ayam tandori ros mesti masak nasi kuning ni, guna marjerin je, tapi kalau ade butter lagi wangi, nak masak pun simple je, macam masak nasi untuk nasi ayam, cumanye tak letak daun pandan dan air rebusan ayam je, resepi kat bawah ni ye : )

Bahan-bahanya

1 cawan beras Thai

1 cawan beras Jepun

( kalau nak guna beras basmathi lagi bagus)

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

1/2 sudu kecil serbuk kunyit ( boleh juga guna pewarna kuning)

2 sudu besar marjerin

Caranya

1. Basuh beras seperti biasa dan toskan. Kemudian masukkan majerin dan tumis kayu manis dan bunga lawang . Setelah naik bau masukkan beras yang ditos tadi dan gaul sebati, biarkan sebentar. akhir sekali masukkan serbuk kunyit dan sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.

2. Masak beras seperti biasa mengikut sukatan air periuk nasi masing-masing. Setelah masak, sedia untuk dihidangkan bersama ayam tandori atau ape jua lauk pauk kegemaran anda. Selamat Mencuba.

– Kalau nak masukkan sedikit serbuk safron pun boleh, tambah wangi nasi kuning ni nanti, jika nak menggunakan beras thai sepenuhnya pun boleh, ros suke campur beras thai dengan beras jepun, sebab nasi nanti elok je berderai ditambah lagi dengan rasa sedap beras jepun tu memang makin sedaplah. : )

Nota: Ros gandingkan nasi kuning ni dengan kari sayur dan ayam tandori, memang kenalah, ditambah pula dengan kerangupan papedem..menambahkan lagi selera.

Nasi Kuning ( Marjerin)
Nasi Kuning ( Marjerin)
Nasi Kuning ( Marjerin)
Nasi Kuning ( Marjerin)