Fluffy Chocolate Banana Muffin
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahanya
200gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
80gram mentega
80gram gula
50ml susu segar
70gram pisang yang dilecek+secubit garam
40gram serbuk koko
2 biji telur
beberapa titik esen vanila
*sedikit badam cincang sebagai topping*
* papercup secukupnye*
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang, selepas itu masukan telur satu persatu, dan pukul lagi. ( masa ni guna mixer ye) .
2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula pisang, esen vanila, kacau sebati. jangan over mix, takut adunan tercair nanti.
3. Sudukan adunan di dalam acuan muffin , pastikan adunan di isi 3/4 acuan untuk mendapatkan muffin yang naik mengunung, akhir sekali taburkan dengan badam cincang, bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit ke 22 minit, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Nota: Kalau boleh mentega tu jangan tukar pada minyak masak atau pun marjerin ya, sebabnya butter ni lah yang membuatkan muffin lembut dan gebus, aroma nye pun wangi.