bunpandan4

Bun Pandan

Bahan-bahanya
250 gram tepung roti

50 gram tepung gandum

2 sudu besar marjerin

140 ml air suam/ atau susu segar

1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti

2 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil yis

1 sudu kecil bread improver atau dough softner

sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.

Caranya

1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).

2. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

3. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

– Kalau nak guna water roux pun boleh jugak ni, tapi kurangkan sikit, kuantiti susu segar tu ye. agak-agak je, guna cecair tu dlm 100ml je, tengok doh tu  macam mana nanti.

Nota: kalau tak nak letak inti pun takpe, sedap jugak bun pandan kosong, lepas tu klu nak tabur kelapa kering atas bun ni pun boleh.

bunpandan1

bunpandan2

bunpandan3

Advertisements