OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ikan Aya Bersadur Rangup

Ni lah hasilnya kalau terlebih stok ikan aya dalam peti ais tu, dah terikut cakap terengganu pulak ni, ikan aya kalau kt negeri orang panggil ikan tongkol, macam-macam masakan yang menggunakan ikan aya ros buat, antaranya ikan aya bersadur rangup ni, ala-ala nugget ayam sikit coating nye tu…bila makan memang sedaplah, rasa rangup di luar dan kaya dengan rasa isi ikan aya yang padat, ade rasa macam keropok lekor sikit…resepi biasa je, kat bawah ni ros sertakan, kalau berkesempatan jangan lupa mencuba ya, anak-anak pasti menggemarinya : )

Bahan-bahanya

Beberapa hirisan ikan aya ( tongkol)

lada sulah

sedikit tepung gandum

1 biji telur

3/4 cawan serbuk roti

minyak untuk menggoreng

cara-caranya

1. Hiris ikan aya@tongkol nipis ( tapi jangan nipis sangat agak2 ketebalannya tu)

2. kemudian gaul ikan aya dengan lada sulah dan sedikit garam, salut dengan tepung gandum dan celup dengan telur, akhir sekali salut pula dengan serbuk roti.

3. Goreng sehingga perang dengan api sederhana, sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama sos cili. Selamat Mencuba.

Nota: masakan ni tak sesuai dijadikan lauk, tapi kalau dijadikan kudapan memang sesuailah, makan banyak pun tak perasan, laju je masuk mulut tu. Tapi orang kata ikan tongkol, orang berpantang tak boleh makan, jadinya ros makan sikit je, buat rasa, takut gak, sebab mak kata ikan tongkol ni bisa.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements