kakifry3

Deep Fried Oyster

Bahan-bahannya
1 pek oyster yang di buang cengkerangnya
1/2 cawan breadcrumbs
1/3 cawan tepung gandum
1 biji telur
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng

sos dressing ( campur semua bahan di bawah)
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar plain yogurt
sedikit lada sulah

untuk hiasan
salad, kobis, tomato dan hirisan lemon

Caranya.
1. kepah direbus selama 2 hingga 3 minit, toskan airnya dan alaskan kepah tadi dengan kitchen paper bagi menyerap lebihan air.

2. Gaul kepah tadi dengan sedikit lada sulah, kemudian salut satu persatu kepah dengan tepung gandum, kemudian celup telur dan akhir sekali salut dengan breadcrumbs, ulang celupan telur dan breadcrumbs sekali lagi bagi mendapatkan coating yang lebih tebal.

3. Goreng kepah di dalam minyak panas hingga keperangan. Apabila hendak dihidangkan curahkan sos dressing dan perahkan sedikit lemon di atas oyster fry, sedap di makan panas-panas. Selamat Mencuba.

kakifry1a

Advertisements