OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, apam pisang dwi lapisan antara satu variasi bagi mempelbagaikan cara persembahan apam pisang yang kita sediakan, kombinasi dan sedikit penambahan serbuk koko dalam adunan ini, menaikkan lagi seri dan rasa apam pisang yang eksotik, apam pisang ini juga dapat membantu memancing minat anak-anak, resepi seperti biasa sahaja, dan kalau nak cuba boleh rujuk resepi di bawah ini, selamat mencuba.

Apam Pisang Dwi Lapisan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-Bahannya
2 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
5 biji pisang yang sudah ranum dilecek dengan secubit garam
1/2 cawan susu segar@ santan
beberapa titik esen vanila
4 sudu besar serbuk koko atau 1 sudu besar coklat emulco ( untuk lapisan coklat)

Cara-caranya

1. Lecek pisang berangan besama secubit garam hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati.

3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian di masukkan dengan 4 sudu besar serbuk koko dan kacau sebati.

4. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang coklat separuh acuan, dan sudukan pula adunan apam pisang warna asal di atasnye, pastikan adunan 3/4 acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Kukus selama 8 ke 10 minit dengan menggunakan api sederhana. Selamat Mengukus. : )

– Ros gunakan acuan kuih puteri ayu, supaya apam ni cantik dan elok kejadianye, kalau nak guna acuan yang lain pun boleh.

Nota: Apam pisang dwi lapisan ni sangat sesuai dijadikan menu minum petang atau sebagai buah tangan, satu kelainan dari biasa.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement