bihun3

Bihun Goreng Putih Daun Kari

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, dah sarapan ke belum tu, ros baru je sarapan dengan bihun goreng putih daun kari ni, aroma nye wangi dan sedap, kena pula dengan secawan teh O panas, hidangan yang cukup lengkap dan menambat selera ros sekeluarga, sesekali tukar pada bihun goreng putih ni sedap juga, anak-anak pun suke makan, sebab tak pedas , tapi seperti biasa hirisan lada merah tu diaorang akan kais ke tepi, takut pedas katanya, tak kisahlah janji makan, resepi biasa je, cuma ros tambahkan hirisan daun kari bagi menaikkan lagi aroma bihun goreng putih ni, resepi ade kat bawah ni ye, kalau ade masa weekend ni boleh dicuba dan dihidangkan bersama keluarga tersayang.
Bihun Goreng Putih Daun Kari
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye

sedikit isi ayam atau udang basah ( dipotong kecil)
sedikit daun kari ( dimayang halus)
1/2 bungkus bihun ( rendam semalaman dan celur kan sebentar dengan air panas)
1/2 biji bawang besar ( dimayang halus atau ditumbuk kasar)
sedikit ikan bilis
1/4 batang carrot ( dihiris seperti anak mancis)
2 ulas bawang putih ( dimayang halus atau ditumbuk kasar)
sedikit lada sulah@serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit tahu goreng atau fish cake ( dipotong kecil)
1 biji telur
1 biji cili merah@ 2 tangkai cili kering ( dimayang halus)

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan, dengan menggunakan minyak yang same, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam dan kacau dan biarkan sebentar sehingga isi ayam masak, selepas itu masukkan sebiji telur, pastikan telur masak sedikit baru dikacau hingga hancur, selepas itu masukkan pula ikan bilis yang telah digoreng tadi, hirisan daun kari dan lada sulah, kacau sebati.

2. Akhir sekali, masukkan pula hirisan carrot, lada merah dan tahu goreng, apabila carrot hampir layu masukkan bihun yang telah siap dicelur, kacau sebati, sesuaikan rasa masukkan garam. Pastikan semua bahan sebati dan mesra, angkat dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: Ros tak gunakan lada hitam sebabnya tak nak anak-anak rasa pedas, ikutlah citarasa masing-masing ya, nak hiaskan dengan sedikit daun sup pun boleh.

bihun1

Advertisement