OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, eh pagi lagi ke, sini dah tengahari dah, hihihi, ingat tak hari tu ros ade share gambar butter rice yang ros masak tu, hari ni ros kongsikan resepinye ye, cara masak butter rice ni macam kita masak nasi ayam atau nasi minyak tu, cumanye guna butter byk sikit dan takde penggunaan air stok ayam, guna susu segar, kalau takde susu segar boleh ganti dengan susu cair ye, resepi boleh rujuk di bawah ni, Selamat Mencuba. : )

Butter Rice ( Nasi Mentega)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
3 cawan beras biasa
1 batang kulit kayu manis
2 inci halia ( dihiris nipis)
1/2 biji bawang besar ( dicincang halus)
2 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
4 sudu besar butter
2 kuntum bunga lawang
sedikit pewarna kuning
susu segar secukupnya @ susu cair
sedikit garam
garam dan sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya

1. Basuh beras seperti biasa dan toskan. Kemudian di dalam kuali masukkan butter dan tumis kayu manis dan bunga lawang . Setelah naik bau masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis senbentar hingga semuanye layu.

2. Kemudian masukkan beras yang ditos tadi dan gaul sebati, biarkan sebentar. akhir sekali masukkan sedikit pewarna kuning dan gaul sebati, pastikan warna sekata bersama beras.

3. Masukkan beras yang siap ditumis tadi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan susu segar, kuantiti susu segar bergantung pada paras air di dalam periuk nasi masing-masing ya, sesuaikan rasa, masukkkan sedikit garam. On periuk nasi dan tunggu sampai masak, sedap dimakan panas-panas dan sedia untuk dihidangkan ape jua lauk pauk kegemaran anda. Selamat Mencuba.

– untuk menaikkan seri lagi butter rice ni, boleh juga ditabur dengan sedikit hirisan daun celery ataupun bawang goreng, sedap dimakan panas-panas dan mudah untuk di sediakan.

Nota: Kalau nak guna beras basmathi atau beras jepun pun boleh, sukatan air tu ikut je paras dalam periuk nasi masing-masing ya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements