lasagnacreamy3

Bahan-bahanya ( resepi dan cara di bawah ni lah yang selalu ros gunakan bila buat lasagna)

6 keping pasta Lasagna ( yang keping tu, ros beli yang kena rebus dulu, ade jugak yang instant, takyah rebus-rebus, ikut arahan pada kotak lasagna ye cara rebusan nye tu, sbb lain jenama lain caranya.

-bahagian inti daging-
3/4 cawan daging cincang
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
2 biji tomato ( potong dadu)
1/2 biji carrot ( potong dadu)
6 ketul cendawan ( potong dadu)
3 sudu besar tomato ketchup
2 sudu besar olive oil

Bahagian white source
1 cawan susu segar
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar cheese powder
2 sudu besar butter
1 sudu kecil garam
sedikit lada sulah

( semalam ros tambah juga 50ml nama cream ( whipping cream) lagi creamy white souce ni)

Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna

untuk topping
sedikit hirisan daun pasley kering

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White source
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

Nota: Semalam ros buat dalam dua acuan petak panjang yang sederhana, satu tu ros kurangkan letak inti daging tu, letak sikit-sikit je, yang satu petak ni khas buat anak-anak, sebab diaorng ni tak suke sgt rasa tomato tu, jadinya nampak creamy je lasagna tu, ros lebihkan white sos dan taburan keju mozarela. : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements