OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Menu tergendala lagi ni, sebulan dah rasanya, tak sempat dipublish…, ros first time buat daging dendeng ni, amik resepi dalam buku resepi masakan indonesia Chef Sarji Ramli, rupanya senang jugak nak buat, sesuai lah kalau puasa nanti, buat menu sahur, buat byk-byk, simpan dalam peti ais, bila nak makan panaskan je, sebab daging dendeng ni kering, dan tak mudah basi. Kat bawah ni ros sertakan resepi nye ya….( ros buat separuh kuantiti dari resepi di bawah)

bahan-bahanya
500gram daging batang pinang
100gram cili merah ( ros guna dlm 3 biji cili merah)
50gram cili padi ( letak dlm 4 biji cili padi)
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
5cm halia
5cm kunyit hidup ( ros guna kunyit serbuk)
1 sudu kecil garam
1 sudu teh gula
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar jus limau nipis ( ros lupa letak)

Cara-caranya
1. Rebus daging hingga empuk, sejukkan daging dan hiris nipis-nipis, gaul dengan sedikit kunyit dan garam, selepas itu goreng daging hingga garing. Ketepikan.

2. Tumbuk halus atau kisar halus bawang putih, bawang mera,halia, cili merah dan cili padi. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tadi hingga naik bau dan agak garing. Kemudian masukkan kicap manis.

3. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam dan gula, hias daging dendeng dengan menabur hirisan daun ketumbar, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: Kalau nak lagi sedap dan berseri boleh masukkan hirisan daun limau purut, hirisan bawang bersar dan lada benggla hijau dan merah.

 

Advertisement