OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum dan selamat malam semua, dah malam-malam ni baru berkesempatan nak letak dan share cara-cara bergambar resepi kek keju gebus kukus cara Ros tu, dah lama dah buat, cuma nak taip satu persatu tu yang makan masa, Alhamdulillah siap juga akhirnya, anak-anak ros suke sangat kek keju kukus ni, siap minta buat lagi, jika ade kerajinan dan cukup bahan jangan lupa cuba ya…: ) resepi di bawah ini, dan jangan lupa kongsikan resepi ini bersama kawan-kawan yang lain juga, Selamat Mengukus Kek Keju : )

Kek Keju Gebu versi Kukus Cara Ros
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

150gram cream cheese ( krim keju ape2 jua jenama)
10gram tepung kastard ( ros guna jenama bird custard)
60gram tepung gandum
4 biji telur ( asing putih dan kuning) telur
100ml whipping cream
70gram gula ( gula dibahagi dua bahagian, separuh utk meringue separuh utk utk diputar bersama krim keju nnt)
40gram mentega
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil esen vanila ( jika ada) – hari tu ros tak letak sbb esen vanila dah habis
sedikit sugar powder untuk hiasan

– penggunaan tepung kastard tu menaikkan lagi seri kuning kek ni nanti, eksperimen ros berjaya dan ros kongsikan resepi dan cara bergambar dengan semua, semoga dapat membantu ya.

bahan2

Cara-caranya

1.Pertama sekali, panaskan pengukus, kemudian di dalam bekas adunan, campurkan krim keju, separuh kuantiti gula dan mentega, putar hingga semua bahan2 lembut dan gula agak hancur.

cara1

2. kemudian putar kuning telur hingga agak berbuih

3. selepas itu masukkan dalam adunan krim cheese tadi, putar lagi hingga semuanya sebati.

 

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga semuanya sebati.

cara2

 

5. Masukkan pula tepung castard. Putar lagi.

6. selepas itu masukkan pula jus lemon.

cara3

7. serta whipping cream putar lagi dan pastikan semua nya sebati.

8. Di dalam bekas adunan yang lain, putar putih telur hingga agak berbuih.

cara4

9.kemudian baru masukkan baki gula.

10.Putar sehingga putih telur menjadi meringue,( langkah ini penting dan pastikan putih telur betul2 kembang)

cara 5

11.bahagi meringue pada 3 bahagian dan campurkan dalam adunan krim keju tadi, campurkan sedikit demi sedikit meringue dan pastikan meringue sebati dalam adunan tepung krim keju. ( cara kaup balik menggunakan spatula, masa ni jgn guna hand mixer takut overmix)

12. Alas loyang kek ber ukuran 18cm dengan kertas minyak dan pastikan bahagian tepi loyang di alas juga dan lebihkan sedikit ukuran nye di tepi itu, tuang adunan kek keju di dalam loyang. tutup dan balut atas loyang dengan aluminium foil bagi memastikan tiada air kukusan jatuh pada permukaan kek nnt, akhir sekali kukus kek keju selama 40 minit hingga 1 jam.

cara6

13. Tutup api dan biarkan kek didalam pengukus selama 10 minit baru keluarkan, setelah kek keju suam atau sejuk baru keluarkan kek dari acuan dan hias dengan sugar powder, kalau nak simpan dalam peti ais semalaman pun lagi bagus, kek akan jadi makin moist dan sedap.

14. Hias Kek mengikut kreativiti masing-masing dan potong Kek Keju Gebu pada beberapa bahagian dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

– Jika mahu bakar kek ni pun boleh, pastikan bakar pada suhu 160 darjah selama 40 minit kemudian turunkan suhu nya 140darjah dan teruskan pembakaran lagi selama 15minit, gunakan kaedah water bath ( dulang oembakar diletakkan air sedikit dan atasnya baru diletakkan acuan kek ).

Nota: nak kukus dalam acuna muffin atau silicion pun boleh, lagi comel kejadianya nanti, anak-anak memang suke akan rasanya.