Rendang Ayam Daun Kunyit
Rendang Ayam Daun Kunyit

Rendang Ayam Daun Kunyit

Ni variasi bagi rendang daging daun kunyit, ros cuma tukarkan daging pada ayam boneless je, senang nak makan, menu ni merangkap menu buat bentou abang juga, hihi, kalau guna ayam yang ade tulang lagi sedap ni, daun kunyit pun ade lagi dua tiga helai dalam esbok tu, terus racik dan masuk dlm rendang, menambahkan lagi aroma dan rasanya, kalau takde daun kunyit boleh ganti dengan daun limau purut : )

Resepi rendang ni dari Mak Ros di Negeri Sembilan

Bahan-bahannya

400 gram ayam boneless- ros guna bahagian dada ( kalau nak guna ade tulang pun boleh)
1/2 buku lengkuas saiz kecil ( buleh digantikan dengan halia)
1 batang serai ( dititik)
7-10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
sedikit kunyit serbuk ( kalau guna kunyit hidup lagi sedap)
garam
1 helai daun kunyit.- boleh ganti dengan daun limau purut ( diracik halus)

caranya
1. Potong dada ayam, jgn terlalu kecil, agak-agak je, kemudian kisar halus cili padi dan lengkuas dengan sedikit air dan curah dalam kuali, biarkan seketika.

2.Selepas itu masukkan ayam, serai serta serbuk kunyit, biarkan air ayam kering sedikit baru masukkan santan dan kerisik. Sesuaikan rasa, masukkan garam.

3. Masak sehinga ayam empuk dan bila kuah agak pekat baru masukkan hirisan daun
kunyit. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai dimakan bersama ketupat segera atau nasi panas. Selamat mencuba.

Nota: kalau guna ayam boneless masak kejap je rendang tu, takut hancur pulak daging ayam tu nanti, agak-agak lah ye, bila kuah dah pekat tu, boleh terus tutup api. : )

Rendang Ayam Daun Kunyit
Rendang Ayam Daun Kunyit
Advertisement