Sanmadon Sos Teriyaki
Sanmadon Sos Teriyaki

Sanmadon Sos Terikyaki
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
2 ekor ikan sanma di belah dua dan buang tulang tengahnya
1 sudu besar madu
1 sudu besar soyu@kicap cair jepun
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
2 inci halia
1 ulas bawang putih
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit tepung tempura+air
minyak untk menggoreng
sedikit mayonis
sedikit hirisan negi@daun bawang
sedikit bijan goreng

cara-caranya

1. Fillet ikan sanma di potong dua dan gaul bersama garam dan lada sulah, kemudian celupkan dengan adunan tepung tempura dan goreng hingga perang, angkat dan ketepikan.

2. Buat sos teriyaki, di dalam bekas kecil, satukan madu, soyu@ kicap cair dan kicap manis, ketepikan, Selepas itu, sagat halus bawang putih dan halia , nak tumbuk halus pun boleh, masukkan bahan yang disagat tadi di dalam fry pan dan tumis hingga naik bau, kemudian masukkan sos terikyaki dan 1/2 cawan air. Biarkan mendidih. kacau selalu dan biarkan kuah agak pekat, dan tutup api.

3. Cara Penyediaan Sanmadon, sendukkan nasi jepun di dalam bowl saiz sederhana dan curahkan sedikit sos teriyaki, kemudian gaul ikan sanma dengan sedikit sos teriyaki, letakkan di atas nasi selepas itu, paipkan mayonis di atasnya, akhir sekali tabur sedikit dengan negi@daun bawang, boleh juga diganti dengan bijan goreng. Sedap dimakan bersama Salad dan miso shiru. Selamat Mencuba.

Nota. Kalau takde mix tepung tempura, boleh diganti dengan tepung gandum+sedikit tepung beras+sedikit air, dan celupkan ikan, goreng macam biasa.

Sanmadon Sos Teriyaki
Sanmadon Sos Teriyaki
Sanmadon Sos Teriyaki
Sanmadon Sos Teriyaki
Sanmadon Sos Teriyaki
Sanmadon Sos Teriyaki
Advertisement