Resepi Kerutuk Daging aka Kerutub Daging
Resepi Kerutuk Daging aka Kerutub Daging

Resepi Kerutuk Daging aka Kerutub Daging

Kerutuk Daging
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
400 gram daging boneless ( nak guna daging yang ade tulang pun boleh)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar @ cili boh
3 sudu besar serbuk rempah kerutuk
400ml santan pekat + 1 cawan air
sedikit garam
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
sedikit gula dan garam
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

– ros masukkan juga 3 sudu besar tomato ketchup, boleh ganti dengan tomato puri ataupun 1 biji tomato yang dikisar halus. ( ni kalau tak letak pun takpe)

( ros masak opor daging ni guna pressure cooker, masak 20 minit je, terus daging lembut dan empuk, memang baguslah kalau masak daging beku guna pressure cooker ni, jimat masa dan jimat gas).

Caranya

1. Potong daging sederhana bentuk kiub, saiz agak-agak je,basuh dan toskan airnya, kemudian kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan api dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang, cili kisar, tomato ketchup serta bahan yang telah dikisar tadi.

2. Setelah naik bau, rempah kerutuk jadikan pes dan curah dalam periuk, kacau sebati, kemudian masukkan daging dan satu cawan air.

3.Akhir sekali masukkan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

Nota: kalau nak letak kentang pun boleh dan hiaskan kerutuk daging ni mengikut kreativiti masing-masing, amat sesuai dimakan bersama nasi beriani atau nasi minyak.

Resepi Kerutuk Daging aka Kerutub Daging
Resepi Kerutuk Daging aka Kerutub Daging
Resepi Kerutuk Daging aka Kerutub Daging
Resepi Kerutuk Daging aka Kerutub Daging