Yogurt Cheese Cake ( Dasar Biskut Oreo)
Yogurt Cheese Cake ( Dasar Biskut Oreo)

Rare Yogurt Cheese Cake ( dasar@base biskut oreo)

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( ros guna acuan spring foam 16cm)
Untuk base ( dasar pada kek)
8 keping biskut oreo yang dibuang inti vanilanya
2 sudu besar marjerin yang telah di cairkan

Bahan untuk rare yogurt cheese cake

150gram Plain Yogurt ( yogurt di buang airnya baru ditimbang) di Malaysia boleh guna jenama nestle natural yogurt
200ml whipping cream
100gram cream cheese philidelphia
90gram gula
1 sudu besar jus lemon ( yang ni tak letak pun takpe)

-cara menapis air yang terdapat pada plain yogurt, ambil penapis, alaskan dengan kicthen towel, curahkan plain yogurt dan letakkan di atas bowl, pastikan tapis dan bowl tengah-tengah nye ade ruang, macam kita perah santan tu lah, biarkan selama 1 hingga 2 jam. selepas itu anda akan dapati ade air pada dasar bowl, ambil plain yogurt yang siap dibuang air nye baru ditimbang.

Bahan larutan gelatin
10gram gelatin halal ( ros guna jenama halalgel)
50ml air
– campurkan air dgn gelatin didalam periuk dan masak sehingga gelatin larut, guna api perlahan dan kecil. sejukkan sebentar. (suam)

Topping
Sos Blueberry secukupnya
1 sudu besar madu

Cara-cara

1. Blender biskut oreo hingga hancur, boleh guna blender kering tu.

2. Cairkan marjerin. Tuangkan marjerin ke dalam biskut yang telah hancur dan gaul sebati, pastikan biskut lembab dan boleh dikepal.

3. Alaskan loyang spring foam dengan baking sheet@kertas minyak, tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat. Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam. ros guna loyang spring foam bulat 16cm.

4. Pukul whipping cream sehingga creamy, jangan telalu kental dan ketepikan.

5. Selepas itu, pukul cream cheese bersama gula dan jus lemon sehingga sebati. Kemudian masukkan adunan gelatin, plain yogurt, whipping cream yang dipukul tadi dan kacau sebati.

6. Keluarkan loyang yang ade base biskut dari peti ais, dan curahkan dengan adunan yogurt cheese cake , dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman. Sapukan permukaan rare yogurt cheese cake dengan madu dan toppingkan dengan sos bluebberry. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: variasikan topping rare yogurt cheese cake ini mengikut selera masing-masing ya, boleh letak strawberry filling, kiwi, mango atau sebagainya. Disarankan simpan semalama dalam peti ais baru dipotong, cheese cake akan bertambah sedap, sejuk dan mudah untuk dipotong nanti.