Pumpkin Cream Cheese Muffins
Pumpkin Cream Cheese Muffins

Pumpkin Cream Cheese Muffins

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan

140gram tepung gandum
100gram cream cheese
3 biji telur
70gram gula
1 penutup (2 sudu kecil) esen vanila
70ml susu segar@bancuhan susu tepung
110gram isi labu yang direbus dan dilenyek baru ditimbang
secubit garam
50gram butter@marjerin
2 sudu kecil baking powder
10gram tepung kastard@tepung jagung

( sedikit sugar powder utk di tabur atas muffins nanti)

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum,tepung kastard dan baking powder, ketepikan. ( kalau ayak dua kali, lagi bagus).

2. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan, kemudian, putar putih telur hingga berbuih, masukkan separuh kuantiti gula, dan pukul lagi hingga menjadi kental ( meringue) ketepikan. ( Untuk Mengetahui putih telur betul2 sudah kembang, bila terbalikkan bekas adunan, meringue tidak akan jatuh).

3. Kemudian dengan menggunakan hand mixer, pukul mentega dan baki kuantiti gula hingga kembang, kemudian masukkan kuning telur, pukul lagi, selepas itu masukkan pula cream cheese, pukul hingga semua sebati.

4. Kemudian masukkan isi labu dan esen vanila pukul sebati, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar. Akhir sekali bahagikan meringue putih telur tadi pada tiga bahagian, dan dengan menggunakan spatula ambil satu bahagian putih telur meringue dan gaul sebati dengan adunan tepung, ulang langkah tadi sehingga semua bahagian meringue habis. Pastikan meringue betul-betul sebati dengan adunan tepung.

5. Panaskan oven suhu 160 darjah, sudukan adunan ke dalam acuan muffin, paras adunan pastikan 3/4 acuan muffin, supaya muffin elok naik nye nanti.

6. Bakar selama 25 ke 30 minit ataupun sehingga permukaan muffin agak perang, cucuk muffin dengan lidi, bagi memastikan muffin benar-benar masak.

7. Sejukkan atas redai besi, dan sedia untuk dihiaskan dengan ape jua cream kegemaran anda. Selamat Mencuba. ( ros cuma taburkan permukaan muffin dengan sugar powder sahaja).

Nota: Untuk Mendapatkan muffin yang lebih lembab, simpan muffin dalam peti ais semalaman dan ke esokkan hari nya, anda akan dapati muffin akan lebih moist dan lembut.

Pumpkin Cream Cheese Muffins
Pumpkin Cream Cheese Muffins
Pumpkin Cream Cheese Muffins
Pumpkin Cream Cheese Muffins
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA