Oyster Gratin
Oyster Gratin

Oyster Gratin

Sumber Resepi dan tunjuk ajar dari Kak Hani Yokohama. ( terima kasih kak, ros suke resepi ni)

Bahan-bahannya

9 ketul tiram segar bersama cengkerangnya
1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar butter ( 2 sudu butter untuk saute, dan 2 sudu butter lagi untuk white souce)
sedikit mix cheese
sedikit parmesan cheese
1/2 cawan susu
1/2 cawan air
lada sulah
garam
sedikit daun dry pasley atau oregano

Cara-caranya

1. Keluarkan tiram dari cengkerannya ( semalam ros kukus dulu tiram tu) masukkan di dalam bekas, dan campurkan dengan sedikit lada sulah, garam dan salut dengan tepung gandum. Kemudian saute dgn butter dan biar agak perang. Angkat dan ketepikan.

2. Buat white sauce- menggunakan fry pan yang same, masukkan tepung gandum yang telah di campurkan dengan 1/2 cawan air dan 1/2 cawan susu segar, kacau sebati dan biarkan agak pekat, baru masukkan lada sulah, garam dan butter. Kacau perlahan. Tutup api dan ketepikan.

3. Cengkerang tiram di basuh bersih dan sapukan sedikit butter, kemudian letakkan dlm 1/2 sudu white souce dan letakkan tiram yang di saute tadi, tutup tiram dengan 1/2 sudu white souce lagi, dan tabur pemukaan gratin dengan mix cheese dan parmesan cheese, akhir sekali taburkan dry pasley atau oregano. Ulang langkah tadi hingga tiram habis. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 35 minit atau sehingga permukaaan gratin perang. Hidangkan panas-panas. Oyster Gratin ini sangat creamy dan cheesy, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nota: Di kesempatan ini, ingin ros ucapkan ribuan terima kasih buat kawan-kawan di Facebook dan JMC yang memberi idea pada ros, ape yang nak dimasak dengan tiram segar ini semalam, dari pada takde idea lansung terus berderet-deret idea ros dapat, terima kasih sekali lagi buat semua. Segala idea itu masih ros simpan dan insyaAllah akan di cuba nanti.

Oyster Gratin
Oyster Gratin
Oyster Gratin
Oyster Gratin
Oyster Gratin
Oyster Gratin