
Sos Pasta Tuna dan Sayur-Sayuran
Assalammualaikum dan selamat petang semua, sape kat sini ade masalah nak bagi anak-anak makan sayur, pening kepala ros bila fikir camne lah nak pancing minat anak-anak ni, jadinya ros ciptalah satu sos pasta yang menggabungkan isi ikan tuna dan sayur-sayuran, ros gunakan pelbagai jenis sayur, dan ros celur sebentar dan terus blender bersama bahan yang lain, maka jadilah resepi di atas ni, heheehehe, yang penting anak-anak berselera nak makan, dan dalam sos pasta tu juga terdapat pelbagai jenis vitamin dari sayuran dan omega 3 dari isi ikan, sos pasta ni juga boleh digunakan untuk topping pada spaghetti, penne, macaroni dan juga sos pada pizza, senang kan, kalau anak-anak nak makan tinggal panaskan dan curahkan pada pasta kegemaran mereka, kita pun boleh join sekaki, pada yang nak cuba resepi di bawah ni diipersilakan dan selamat mencuba. : )
Sos Pasta Tuna dan Sayur-Sayuran
sumber resepi- rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanye ( untuk 5 ke 6 orang )
1 tin tomato dalam tin ( nak guna tomato puree pun boleh)
2 tin kecil tuna flakes
1 sudu besar serbuk parmesan cheese
3 ulas bawang putih
4 sudu besar olive oil
1/2 biji bawang besar
2 biji tomato
1/2 batang carrot
sedikit gula
sedikit garam
2 sudu besar tomato ketchup
sedikit dry oregano
1/2 tin cendawan butang
1/2 batang celery
1 biji kentang
4 biji shitake
1/2 paket maitake
1/2 paket kinoko
( kalau kat malaysia susah nak cari maitake, shitake dan kinoko tu, boleh terus guna 1 tin cendawang butang ya)
Caranya
1. Batang celery, kentang dan carrot di potong beberapa bahagian dan rebus sebentar, pastikan sayur separuh masak dan toskan.
2. Kemudian di dalam blender, masukkan, bawang putih, bawang besar, tomato, segala jenis cendawan, tomato, tuna flakes dan sayur yang direbus tadi, masukkan juga satu tin tomato, kisar sehingga semuanya hancur dan sebati.
3. Di dalam fry pan, panaskan olive oil, masukkan bahan yang di kisar tadi, biarkan kuah mereneh seketika, masukkan pula dry oregano serta parmesan cheese, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, setelah kuah agak pekat dan naik minyak, angkat dan boleh lah di toppingkan atas spaghetti atau ape jua jenis pasta kegemaran anda. Selamat Mencuba.
– Sos pasta yang kita akan dapat nanti ni, banyak juga kuantitinya, sos nye boleh difrozen kan dengan cara masukkan sos pasta di dalam bekas plastic ziplock, dan simpan di dalam sejuk beku, apa bila nak makan, panaskan sahaja.

