
Rich Chocolate Ice Cream
Ni percubaaan kali ketiga ros buat aiskrim sendiri, kali ni ros amik resepi dari buku masakan omputih yang bertemakan coklat, walaupun step nye agak banyak, tapi hasilnya fuhhh, tak terkata sedapnya, aiskrim yang creamy dan cholatey, walaupun ade penggunaan telur, tapi telurnya dimasak dahulu, selamat untuk ibu-ibu mengandung macam ros ni. Resepi ade di bawah ni ye. ros edit sikit bahagian cara-cara tu, supaya lebih senang difahami. : )
Bahan-bahanya ( Sumber resepi dari buku masakan Chocolate Katherine Edelston)
400ml whipping cream
100gram coklat masakan
2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 biji kuning telur
50ml susu segar
Cara-caranya
1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan.
2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. tutup api dan sejukkan sebentar.
3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang. Selamat Mencuba.
Nota: Aiskrim ni betul-betul creamy dan menepati citarasa ros, dan ros rasa inilah resepi aiskrim paling best yang pernah ros buat, tak rugi mencubanya.


