Samosa Inti Udang
Samosa Inti Udang

Samosa Inti Udang

Untuk Inti samosa

1 biji kentang saiz sederhana

10 ekor udang saiz sederhana ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)

1/2 cawan mix vegetable

2 sudu besar serbuk kari ( tak letak pun takpe)

1 sudu besa cili kisar ( boleh ganti dengan serbuk cili atau serbuk paprika)

garam

* kulit popia secukupnya*

Buat Inti Samosa

1. Potong dadu kentang dan rendam dalam air, udang di buang kulit dan cincang kasar. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.

2. Kemudian masukkan kentang, mix vegetable dan udang kacau sebati, akhir sekali masukkan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Membungkus samsoa

1. Kulit popia di bahagi 3 bahagian, dan letakkan inti di atas kulit popia dan lipat sehingga menjadi segitiga, kemaskan lipatan terakhir dengan sedikit bancuhan tepung gandum, ulang langkah tadi sehingga inti habis, panaskan minyak dan goreng samosa hingga ke-emasan. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak tambah hirisan daun sup atau daun celery pun boleh, biar lagi wangi, ikutlah selera masing-masing ya, kalau buat banyak-banyak boleh juga difrozen kan.

Samosa Inti Udang
Samosa Inti Udang
Samosa Inti Udang
Samosa Inti Udang
Samosa Inti Udang
Samosa Inti Udang