
Sotong Samudera ( ros@jintanmanis.com)
Bahan-bahannya
2 ekor sotong saiz besar ( dibuang kulit luarnya dan potong memanjang)
5-6 biji cili padi
2 batang serai ( 1 batang dikisar dan satu batang lagi dibelah dua)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
2 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit ( kalau ganti dengan kunyit hidup lagi sedap)
1/2 cawan santan
Cara-caranya
1. Blender halus, sebatang serai, bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga hancur. Kemudian panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi serta masukkan juga kunyit serbuk, setelah bahan kisar naik bau, masukkan sebatang lagi serai yang telah dititik atau dibelah dua.
2. Selepas itu masukkan santan dan kacau selalu hingga mendidih, akhir sekali masukkan sotong dan biarkan sotong empuk, masak hingga kuah pekat dan pecah minyak. sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula. Sedia Untuk dihidangkan, selamat mencuba.
Nota: Kalau air sotong tu terlampau banyak, boleh angkat sotong sekejap, dan pekatkan kuahnya dulu, bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan sotong tu balik, dan masak beberapa minit.

