Roti Marble Coklat
Roti Marble Coklat

Roti Marble Coklat

Bahan-bahanya.

200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula ( roti ni kira nya tawar sikit nak tambah 1/2 sudu kecil lagi gula pun boleh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-Caranya

1.Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je. ( Penggunaan BM-bila doh dah siap boleh terus bentukkan, skip langkah 2)

2. ( uli tangan) perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.

3.Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.

-Cara Memarblekan Doh-

a) satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.

b)tutupkan keseluruhan adunan tadi
c) potong tiga adunan, jangan sampai terputus ye di bahagian atas tu, dan anyam bentuk tocang.

d) letak dlm sandwish loaf.

e) Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.

4. Akhir sekali, setelah roti masak, keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun dicicah dengan Milo ataupun Kopi O, nak sapu krim coklat ( nuttella) pun sedap juga, kanak-kanak pasti menggemarinya. : )

Nota: Kalau nak ubah coklat ni pada perasa strawberry ke, pandan ke boleh juga, ikut lah selera maisng-masing ye, nak buat bentuk bulat-bulat macam bun pun boleh. : )

Roti Marble Coklat
Roti Marble Coklat
Roti Marble Coklat
Roti Marble Coklat
Roti Marble Coklat
Roti Marble Coklat