
Roti Sandwish Tiga Rasa
Bahan-bahanya.
250gram tepung roti
120 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
2 1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar marjerin atau butter
1 sudu kecil bread improver
1 biji telur ( 3/4 dimasukkan dlm adunan, bakinya utk digliss pada permukaan roti nanti)
pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan
2 sudu kecil coklat emulco
2 sudu besar dry fruits
Cara-caranya
1.Masukkan semua bahan kecuali coklat emulco, pewarna hijau pandan dan buahan kering, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je. ( Penggunaan BM-bila doh dah siap diuli boleh terus bentukkan, skip langkah 2)
2. ( uli tangan) perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
3.Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan coklat emulco, satu lagi pewarna hijau dan perasa pandan dan satu lagi di campurkan dengan dry fruits. Pastikan semuanya sebati dan warna sekata.
4. Setiap bahagian doh di bahagi dua, dan susun selang seli di dalam acuan sandwish loaf.
5. Biarkan naik dua kali ganda ( perap lebih kurang 40 minit hingga 1 jam). Gliss permukaan roti dengan baki telur yang telah dicampur dgn sedikit susu dan beberapa titik madu. ( permukaan roti akan cantik berkilat apabila dibakar).
6. Bakar pada suhu 170-180 darjah selama 25 minit ke 30 minit ataupun sehingga permukaan roti perang. Angkat dan sejukkan atas redai, nak dimakan panas pun boleh juga, sedap dimakan begitu sahaja ataupun bersama secawan kopi panas. Selamat Mencuba.
Nota: ros telebih letak pewarna hijau lah semalam, ni projek meroti semalm ni, hihi, tapi roti sandwish ni memang lembutlah, kalau guna water roux lagi gebus agaknya ye, semalam takde stok water roux, jadinya ros guna bread improver, yang ade rasa coklat habis dulu, kakak damia makan, sejuk-sejuk ni lapar je, kalau nak takde sandwish loaf leh bentukkan macam bun je. : )






