Murtabak Tuna Segera
Murtabak Tuna Segera

Murtabak Tuna Segera

Bahan-bahannya

untuk kulit murtabak – (beberapa keping kulit popia)

*inti murtabak*
1 tin kecil tuna dlm tin atau seachicken
3 biji telur ayam
1/4 biji kobis saiz sederhana ( dihiris halus)
2 biji bawang besar didadu
serbuk kari ikan
garam

*untuk kuah bawang merah*
1/2 biji bawang besar ( saiz kecil)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos cili maggi
beberapa titik pewarna merah ( sirap)
sedikit gula dan garam

Cara-caranya

1. Campurkan kesemua bahan inti dan kacau sebati, ketepikan.

2. Buat kuah bawang merah, hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

3. Ambil sekeping kulit popia, dan sendukkan satu senduk bahan inti tadi dan curahkan di tengah-tengah, lipat empat segi dan goreng murtabak seperti menggoreng roti canai, masak hingga permukaan nye perang dan agak garing, angkat dan hidangkan. Sedap dimakan bersama kuah bawang merah atau kari ayam, Selamat Mencuba.

Nota: Tengok lah tu, hasil gambar yang tak lawa lansung, kes nak cepat lah ni, main snapje…bila tengok rupanya salah pilih WB, nak snap lagi sekali tak sempat dah, nak edit lagilah takde masa…janji ade rupa murtabak dan jelas nampak jadilah. 🙂

Murtabak Tuna Segera
Murtabak Tuna Segera
Murtabak Tuna Segera
Murtabak Tuna Segera
Murtabak Tuna Segera
Murtabak Tuna Segera
kuah murtabak
kuah murtabak