Apam Prune Seri Ayu
Apam Prune Seri Ayu

Apam Prune Seri Ayu

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, kuih kukus-kukus ni sentiasa menjadi pilihan ros, dan ros memang suke sangat makan pelbagai jenis apam, hari tu ade beli dry prune kt supa, terus terpikir nak masukkan dalam adunan apam, sure sedap rasanya kan, bila dah siap adun dan siap dikukus, rasanya memang sedaplah, masam-masam manis, dah lah ros ni penggemar makanan masam-masam, memang sesuailah, basic adunan ni seperti biasa je, cuma ros tambahkan hirisan prune dan apam ni agak moist, resepi senang dan ringkas ni boleh rujuk di bawah ni ya.

Apam Prune Seri Ayu
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
8 biji dry prune yang dihiris halus ( ros guna prune jenama sunsweet)
1/4 ( suku cawan) minyak masak
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder ( di ayak bersama tepung gandum)
3 biji telur
1/2 cawan susu segar ataupun santan
3/4 ( tiga suku cawan) gula
1 sudu kecil ovallette
beberapa titik esen vanila

Cara-caranya

1. Pukul telur hingga agak berbuih, kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang dan betul-betul kental dan putih, masukkan esen vanila dan ovallette, dan pukul sehinga semuanya sebati.

2. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar@santan, kacau sebati. Akhir sekali masukkan minyak masak dan buah prune yang telah dihiris halus. kacau perlahan dan pastikan semuanya sebati.

3. Panaskan pengukus, ambil acuan kuih puteri ayu dan sapukan dengan sedikit minyak, tuang adunan sehingga 3/4 acuan puteri ayu tadi, apabila air di dalam pengukus sudah mendidih, kukus apam prune selama 8 ke 10 minit, angkat dan terus keluarkan dari acuan. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Apam prune ini sesuai dijadikan buah tangan ataupun sebagai menu minum petang bersama keluarga tersayang, nak letak warna pun boleh, ikutlah kreativiti masing-masing ya.

Apam Prune Seri Ayu
Apam Prune Seri Ayu
Apam Prune Seri Ayu
Apam Prune Seri Ayu
Apam Prune Seri Ayu
Apam Prune Seri Ayu
Apam Prune Seri Ayu
Apam Prune Seri Ayu
Apam Prune Seri Ayu
Apam Prune Seri Ayu
Advertisement