Kare Pan ( Roti Kari)
Kare Pan ( Roti Kari)

Kare Pan ( Roti Kari)

Bahan-bahanya
150 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
80 ml susu segar
1 sudu kecil yis

untuk inti
3/4 cawan daging cincang
2 biji kentang ( potong dadu)
1/4 biji carrot ( potong dadu)
1 1/2 sudu besar serbuk kari jepun ( leh ganti ngan serbuk kari daging biasa)

untuk salutan
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1 1/2 cawan breadcrumbs

Caranya
1. Kalau ade BM Pilih menu Dough dan On je, kalau takde campurkan kesemua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin, perap doh lebih kurang 1 jam.

2. Sementara itu, buat inti bun, cara nya sama seperti buat inti karipap.

3. Selepas doh diperap, uli doh sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka, ros suke comel-comel jadinya ros buat 12 bahagian kecil. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh disikan inti kari daging tadi. ros bentukkan lonjong sedikit.

4. Alas dulang dengan kertas minyak, kemudian celupkan doh yang siap disikan inti tadi didalam telur dan salut dengan breadcrumbs, atur atas dulang, ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan doh naik dua kali ganda dan baru digoreng hingga perang. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

– Peringatan, kena letak kertas minyak tau bawah doh yang siap disalut breadcrumbs, supaya doh yang kembang tidak melekat dan senang diangkat untuk proses gorengan nanti.

Nota: Kalau nak letak inti hirisan daging sepenuhnya pun boleh, lagi sedap rasa, sebab rasa daging je, suke rasa kare pan ni , rangup di luar lembut di dalam, kalau buat tu memang cepat je habis, paling suke kare pan ni ros dengan abang. : ). Kare pan antara roti yang popular juga di Jepun.

Kare Pan ( Roti Kari)
Kare Pan ( Roti Kari)
Kare Pan ( Roti Kari)
Kare Pan ( Roti Kari)
Advertisement