
Phad Thai
Bahan-bahan
200gram mee phad thai kering ( rendam dah celur sebentar)
3 sudu besar minyak masak
1 biji bawang putih ( diketuk dan dicincang halus)
1 biji telur dipukul sedikit
100 gram udang basah ( dibuang kulit) – boleh juga diganti dengan isi ayam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil sos ikan Nampura ( kalau takde leh ganti kicap manis kipas udang)
2 sudu besar sos cili manis thai ( boleh ganti sos cili maggi)
beberapa pokok kucai ( potong memanjang)
semangkuk kecil tauge
beberapa bebola ikan atau tahu ikan ( agak2 je)
2 sudu besar kacang tanah yang dicincang halus
3 sudu besar sakura ebi ( udang geragau) – kalau takde udang geragau buleh juga ganti dengan 1 sudu besar udang kering yang dicincang halus.
Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan udang, biarkan seketika.
2. Selepas itu, masukkan bebola ikan dan telur ,kacau sentiasa.
3. Kemudian, masukkan sos cili manis thai, sos ikan, dan mee phad thai, kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan tauge, sakura ebi dan daun kucai, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, biarkan beberapa minit dan angkat. Kalau nak pedas hiriskan beberapa biji cili padi, hidangkan dan tabur dengan kacang tanah dan hirisan daun ketumbar. Sedap dimakan panas-panas…Selamat Mencuba.
Nota: Semalam ros masukkan juga 1 sudu kecil minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma dan rasa phad thai ni, tapi ikut lah selera masing-masing ye. Bagi ros penggunaan minyak bijan dalam masakan ni amat sesuai. Suke rasa rangup kacang tanah tu, bila makan dengan mee phad thai ni memang sedaplah, tak rugi mencubanya. : )


